Rabu, 17 November 2010

selamat hari raya aidiladha :D

omg, aku dapat baju raya sepasang dengan diorang. (T.T)



yang pakai singlet tuh, dia bajet dia hot.


Selasa, 16 November 2010

thanks wani :D

pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan dan ribuan terima kasih kepada hazwani diatas kesudian beliau memberi saya hadiah ini. :D terima kasih sangat sangat :)

saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada syuhada dan wahida diatas kesudian mereka keluar menonton wayang bersama saya pada hari ini.kalian berdua, sila ingat bagaimana rupa lengkuas dimasa akan datang. HAHAHA

Jumaat, 12 November 2010

nenek oo nenek

duduk dekat batu pahat ni ya tuhan,
macam duduk dekat syurga makanan.
xpernah rasa lapar.
semua makanan favourite aku nenek masak.
kelmarin dia masak sup ayam. superb.
semalam dia masak daging berempah. superb kuasa dua.
harini dia masak nasik ayam yang ayam dia sebijik rasa ayam kfc. SUPERB KUASA INFINITY.
sehari aku sampai makan nasi 3kali.
makan selagi boleh, dekat shah alam nanti konpem slalu skip makan.
nenek2, boleh x kalau duduk sama sama dengan eqa dekat shah alam ?

p/s: my english grammar akhir2 ni SANGAT menjadi jadi teruknya. aku rasa kena pegi kelas tusyen bahasa inggeris balik semula lah (T.T)

Selasa, 9 November 2010

Chinta Tandoreeee (T.T)

sekarang ni kan chinta candury punya fever.
hari hari kena tengok.
sebab xsabar nak tunggu ending dia >.<
tapi aku jadi geram dengan watak watak dalam cite tuh.
setiap kali aku tengok si adi putra tu, aku jadi menyirap.
kalau xsuka buat apa kahwin dengan orang tu in the first place ?
lepas dok rindu orang lain. zzzzzzzzzzzz
aku ingat masa eksiden tu dia jadi buta ke apa, rupanya injured dekat kaki je. cissss.

mengikut ramalan aku, ending cerita akan jadi macam ni:
chinta akan kahwin dengan rasul, dapat anak tapi nanti cinta mati, barah otak.
anak dia si saadah tu jaga. The End.
harap harap ending dia macam tu lah. :D



p/s: perlu menajamkan skill memandu sebelum pulang ke shah alam >.<

Isnin, 8 November 2010

Sanah Helwa :D

happy birthay to me. :D





p/s: terima kasih for the present ling :D

Isnin, 1 November 2010

zaman sekolah.

tiba tiba rindu zaman sekolah. :D
ahhhhh, sungguh, rindu.
zaman sekolah best :D
sebab aku xpayah nak fikir, nak pakai baju apa setiap pagi.
sekarang ni, setiap malam sebelum tido kena pk nak pakai baju apa (T.T)

aku ingat lagi masa zaman sekolah,
setiap tahun aku pindah kelas.
mujtahidah, mumtazah, mustaqimah, arif, semua aku dapat rasa :D

masa sekolah dulu aku jakun.
budak lelaki macam alien aku rasa.
kalau ada satu group budak lelaki jalan sebelah aku
konpem aku terus jalan tunduk, xakan angkat kepala
*okayy, even sampai sekarang pon, aku still macam tuh.
aku xbiasa. aku malu.
tapi masa sekolah dulu worst lah.
kalau ada lelaki yang jaga kaunter dekat kfc,
konpem aku xkan pergi order makanan.
sebab aku akan gagap.
hahaha. aku loser (T.T)

dulu masa sekolah gila adik angkat
kakak angkat. terangkat angkat lah.
haha. gila tulis surat. tengah perhimpuan pon boleh passing surat.
gila berani. cuba kalau miss nor nampak ?
konpem kena panggil naik atas pentas perhimpunan.haha

dulu buku perhimpuanan bukan buat catat nota
tapi buat salin lirik lagu.
aku ingat lagi, cikgu yazid nak check buku perhimpuanan aku masatuh atas meja awanis.
berderau jantung. haha (T.T)

dulu, kalau ada bola jaring antara sekolah2 ke, minggu syarahan bahasa arab ke,
apa apa ke yang budak sekolah lain datang sekolah aku.
haaa, mula lah aku merayap mencapub(mencari publisiti)
lalu depan dewan.
bila aku pk balik sekarang, aku jadi malu sendiri. haha

bila ada apa apa camping,
aku orang pertama angkat tangan volunteer nak jadi wakil.
hahahaha. lepastuh aku kenal kakak angkat fuad dekat sana.
zzzzzzzzzz kakak angkat? sampai sekarang aku xsuka dia :P

bila darjah khas, lagi lah best.
campur dengan budak SDBL, TIGS, HIGH SCHOOL, KOLAM AIR, MUNSYI
*haha, munsyi last sekali.
masyukkkk aku dok usha orang dari koridor sekolah.
zzzzzzzzzz. sumpah hormon aku xstabil masa sekolah. haha

dekat kantin dulu aku gangster.
ingat senior aku potong line.
nak guna public phone pon sama.
aku buat muka bodoh je potong line.
tapi kalau budak cina potong line,
aku xboleh terima pulak.
ahhhh biasalah aku buat xapa, orang lain buat xboleh (T.T)

haha, paling xboleh blah masa minat cikgu yazid lah.
tiap tiap hari lalu belakang makmal sains form 1(sebab cikgu yazid parking moto dekat situ)
ada satu hari, aku datang awal. pukul 6.15 pagi.
gila awal. aku jalan nak pegi kantin dari kelas. sorang2.
aku nampak cikgu yazid tengah pegang buku dalam bilik guru yang gelap
masa dia betul2 nak angkat muka,
aku pon belok kanan, arah ke kantin.
sekali sampai kantin, aku nampak,
cikgu yazid baru sampai and warna baju dia xsama.
aku terus terdiam.
siapa yang aku nampak masa aku jalan tadi ?
aku jadi takot. agaknya kalau aku xbelok masa dia angkat muka,
mesti aku nampak muka orang tu kan ?
TAKOT.

dulu masa form 1 selekeh memeh.
aku pakai suar track biru tua dalam kain?
what the f ?
aku rasa orang asli pon xbuat macam apa yang aku buat.
hahaha.
kalau gosok kain pon, aku gosok bahagian bawah je.
atas dari lutut aku xgosok dah. haha pemalas.

pegi tusyen jangan cakap lah.
memang aku pakai suar track je.
mak marah. dia suroh pakai elok2 siket.
hihihi.
kalau lah mak tahu,
yang aku sampai sekarang pon pegi giant pakai suar track, mesti dia geleng2 kepala.
hihihihhi

bila naik form 4, masa ada boipren, ehem2,
tipu mak. cakap nak kuar dengan musfirah
tapi lepas tu pegi dating.
penah nak kantoi sekali
bila tiba tiba ayah muncul dekat popular dekat summit
xnak sakit jantung muka biru aku masa tuh.
hahahaha.

rindunya nak balik zaman sekolah.
rindu nak tengok dakwat merah dekat report card utk subjek math
lepas tuh nangis depan cikgu masa hari terbuka
sebab dapat nombor corot.
(T.T) cacat.


pernah sekali, masa sukantara rumah dang anom,
aku and the geng xnak lari
kitorang ramai2 nyanyi lagu awan yang terpilu
sumpah lepastuh hujan.
yeayyyy, kitorang pon lari pegi astaka *layak ke stor barang sukan dipanggil astaka?
haha, lima minit lepas tuh hujan berhenti.
kena lari dalam lecak. zzzzzzzzzzzz
padan muka.

paling rindu sekali,
nak pegi lalu lalang depan kelas cikgu yazid tengah mengajar
bagi dia hadiah masa hari guru padahal dia xmengajar kelas aku pon
and curik2 ambik gambar dia masa hari sukan. (T.T)
aku creepy.

p/s: rindu nak dengar orang panggil aku zack.

show me the money.

seriously like seriously,
aku sangat tempted nak ada all the branded handbags, clothes, shoes
Prada, Gucci, Louis vuitton, salvatore feragamo.
tapi aku lupa nak berpijak dekat bumi nyata.
i'm only 20 years old and ada beberapa bucks saja dalam bank.
(T.T)

haha, but i tell you what,
aku ada azam.
that one day, aku akan beli one of those branded hanbags,clothes,and shoes
with my own money, with my own titik peluh.
bukan hadiah dari sesiapa atau dapat dari sesiapa,
but from me, myself.

ya, memang kalau ada parents yang loaded,
atau ada orang yang baik hati nak hadiah kan,
well, must be so lucky to be born with silver spoon lah kan.
itu bonus.

but, for me,
it is about the EFFORT to get the things that we've dreamed of,
untuk pakai branded things yang kita beli dengan penuh susah payah.
lebih valuable :)

jadi buat masa sekarang wahai atiqah zainudin,
tolong lah pakai apa yang ada.
and please stop berangan.
benda tu semua xkan jatuh dari langit untuk ko.
you have to study hard, work hard.
you are not the chosen one to be born with silver spoon.
accept the fact.

Sabtu, 30 Oktober 2010

italy and austria

transit in dubai :(

depan vatican city :D


depan colleseum :D


makan gelato di Trevi fountain :D


menara condong :D




eating pizza :D




spageti paling sedap :D




pizza paling sedap. pizza margarita :D




gondola :D
tapi xlah se'best' yang disangka.


juliet's balcony ;D


arena :D



salji :D



my favourite bilik hotel.
macam tidur dekat loteng :D



dekat depan tempat penggambaran sound of music :D



strawberry cake ! <3>

dengan tipit dekat summer palace. :D



makan kek sacher.
sedap gila.
it's a chocolate cake
with peach jem dekat tengah dia.
nyum3 :D


online dekat hotel.
first time aku merasa guna PC mac :D

last day. goodbye austria :(


p/s: gambar2 ni semua xde dalam facebook
sebab muka dalam gambar ni buruk :P haha :P



Rabu, 20 Oktober 2010

hai laling :D

ingat nak taip esok tapi takot xsempat so saya taip harini.
sepeninggalan saya nanti,
awak XBOLEH makan sup campur tu selalu sangat.
kalau x, saya bocorkan rahsia awak minum sup t******* :P
hihihihhihi.

all the best untuk temuduga esok.
:)

jaga diri bila saya xada ni.
nanti majlis kahwin kak ida,
jangan cuci cuci mata okayyy
nanti saya balik, saya boleh tolong cucikan mata awak guna clorox :P

jangan lupa dekat saya okayyy :')
tunggu saya balik :D
i'm gonna miss you. a lot.
xde orang mati sebab rindu orang lain kan ?
kalau ada, mesti saya akan jadi orang pertama.
hihihihihihi :D

i love you.

XOXO
me.

please stay.

Isnin, 18 Oktober 2010

you again.


macammane nak survive sampai 31hb ni ? (T.T)
kan seronok kalau saya boleh simpan awak dalam poket ling.
urm.

Sabtu, 16 Oktober 2010

take a deep breath.


lepas dapat berita pagi tadi, rasa macam bernafas dalam air.
tapi, this is life.
i have to face it.

be strong.

Rabu, 13 Oktober 2010

this is the coolest thing ever.

okayyy, aku diserang senggugot yang paling sakit seantero dunia. pehhhhh. sampai naik melecur kulit perot aku tuam dengan air panas :( air mata jangan cakap lah. dah dekat hujung mata je. terbaring aku satu hari. haha, i wonder kalau nak bersalin sure lah lagi sepuluh kali sakit. huuuuuuuuuu. this is my first time sakit sangat sangat. the last time was masa aku foundation. masa sekolah dulu, selalu lah macam ni sampai xboleh pegi sekolah, nak bangun pon xboleh.

bila dah baik dari serangan senggugut, kena cirit birit pulak. yang ni paling scary. perot aku bunyiiii, kruuuuk kruuuuk xberhenti henti. pegi toilet jangan cakap lah, macam dah bermastautin dalam toilet dah. haha. cool. ni pon tengah tunggu tipit balik. tunggu dia bawak balik ubat,nak makan urs, nak tukar fuid dalam perot and makan probiotik.

bila nak belajar tort neh. rasa macam nak bawak buku tort masuk toilet sekali. zzzzzzzzzzzz.

ohye, i've got the asthma syndrome. i asked tipit, macam kelakar lah kalau dah besar macam sekarang baru nak dapat asthma, tipit cakap xmustahil pon. sebab aku dapat allergik syndrome pon bila dah besarrr. good. sekarang xboleh nak mandi tengah malam lagi, no aiskrim and minuman berais( ahhh, memang xboleh nak tinggalkan lah kan). okayyy, kalini kena ikot cakap tipit. sangat menakotkan okayy bila selalu sesak nafas akhir akhir ni. so, saya terpaksa, bersihkan kawasan katil saya dekat shah alam harituh. tipit cakap, saya asthma sebab habuk. mula mula allergik. lepas tuh jadi asthma. saya xnak jadikan inhaler sebagai kawan saya. zzzzzz

Ahad, 10 Oktober 2010

it's time to let you go,

In my life, i was blessed when Allah gave me linda and nisa as my best friends. Kami tinggal sama sama di resak. Dulu kami tido, berkongsi kipas yang sama bertiga. Setiap hari kami bertiga sama sama tunggu bas sebab nak pergi ke kolej, pernah sekali, saya masih ingat lagi, ada guruh dan kilat, masa tu, tengah tunggu bas nak pergi kelas, teros kami balik, ponteng kelas. Haha. :’)

Dulu dimana ada saya, mesti ada nisa dan linda. Linda seorang yang sangat penyayang. Linda sanggup gosokkan saya baju kemeja sebab saya xreti gosok baju kemeja. Kami dulu selalu kongsi makanan. Bantal, selimut pon saya kongsi dengan dia. Bila linda masak air pagi pagi, linda selalu buatkan saya milo panas. Kalau masa tu, kami berdua dah habis milo, saya akan share satu gelas dengan dia. Bila dia tengok spongebob depan tv dulu, kami selalu end up tertido sama sama dekat hall depan n nisa akan selalu curik curik ambik gambar kami tido.

Nisa pulak selalu jadi kaunselor. Dia ni macam kakak kakak. Rindu nak tengok dia sidai baju yang dia rendam dengan downy dekat tangga katil. Dulu, kalau nisa nak makan nasik goreng pattaya, kitorang selalu makan dekat kolej. Dia makan half, saya makan lagi half. Dia yang kenal kan romp, M&G dan roxy dekat saya dengan linda.ingat lagi xnisa, masa laptop nisa sorang je yang ada broadband tapi lembap gilaaa satu jam baru dapat bukak satu page ? haha, kita panggil alptop nisa laptop keeling tapi tu lah laptop yang linda dan kita berebut berebut nak online Friendster. Dulu kenderaan kami Cuma ktm, bas rapid dan taxi. Ingat lagi masa nisa baru baru bawak kereta, saya lah jadi side mirror belah kiri dan tukang bagi signal.

Saya masih ingat. Dulu kami akan berbual sama sama sampai kami tertido. Xpon, tiba tiba, dapat mesej gudnite daripada mereka. Sweet dan terharu sangat. Dulu, setiap kali cuti sem, mesti saya akan dapat kol dari nisa. Dan saya pulak akan dapat mesej pertama kalau linda dah sampai kedah.

Tapi masa dah berubah. Dah ada orang lain yang akan dapat kol dari nisa dan linda. Ada orang lain yang akan sms dengan linda dan nisa. Akan ada dengan orang lain yang akan ada dengan nisa utk jaga sakit pening dia. Sekarang peha linda bukan utk tempat saya menumpang kepala untuk bermanja lagi. Sekarang tangan nisa bukan untuk nak peluk saya lagi. Sekarang bukan saya dan linda yang akan tolong nisa memasak dekat dapur lagi. Dah ada orang lain ambil tempat tempat dan kasih sayang yang selalu saya dapat dari nisa dan linda.

Saya tak salahkan mereka. Siapa saya nak tentukan siapa dia perlu berkawan, siapa dia perlu keluar, Cuma saya rasa kasih sayang yang selalu saya dapat dari linda dan nisa bukan untuk saya lagi. Lagi pula, saya tidak punya apa apa sebagai nak tolong linda dan nisa. Saya tidak cekap memandu, saya xboleh nak tolong nisa driving bila dia penat. Saya xpandai, jadi saya xreti nak tolong tolong linda buat assignment.

Semakin hari saya rasa semakin kehilangan nisa dan linda. Iyaaa, mereka ada depan saya, tapi saya bukan orang yang dapat gembirakan mereka lagi. Jadi saya ambil keputusan, lebih baik saya jauhkan diri dari mereka. Saya xsanggup nak kehilangan mereka lagi. Cukup lah dulu, saya dah hilang orang yang saya paling sayang, sekarang nak menghadapi kehilangan dua orang yang saya sayang, saya sangat xsanggup. Jadi saya buat mereka benci saya.

Plan saya sangat menjadi, mereka dah benci saya. Memang susah. Saya memang rindukan mereka. Rindu nak gelak, rindu nak ada dalam peluk linda dan nisa, tapi saya kena biasakan diri. Biasakan diri tanpa mereka. Mereka akan lebih gembira tanpa saya.

It is hard. But i need to move on. Slowly but surely. Terima kasih untuk semuanya nisa dan linda.

You are the gifts that Allah gave me. Allah pinjam kan kita nisa dan linda untuk kita.

Kita minta maaf buat korang benda benda yang buat korang benci kita. Kita Cuma nak biasakan diri dengan kehilangan korang. Kehilangan yang kita rasa sejak beberapa bulan ni. Halalkan semuanya ye nisa dan linda ? kita minta maaf sebab jadi kawan yang busuk hati, zalim dan xberhati perut. tapi kita tahu, xmudah untuk korang untuk beri kemaafan pada kita. kita xlayak terima kemaafan dari korang. I guess It is time to let you go. Linda dan nisa berhak untuk pergi dekat orang orang yang boleh buat korang happy. I cant make you happy.

Jumaat, 8 Oktober 2010

can i have the old you back ?

i miss our old good times together.
you've changed.
it is not your fault.
it is my fault, sebab expecting too much from you.

i miss being needed and appreciated by you.
i miss to hear nice words from you.
i miss the old you.

Khamis, 7 Oktober 2010

dua paper lagi.

3 paper dah habis selamat sejahtera aku jawab, aku goreng, aku hentam dan aku tibai. tinggal lagi dua paper sebelom cuti sem selama 5minggu.
masyukkkkkkkkk.
aku dah penat.
need my own sweet time on my own.


tapi lagi dua paper ni pon taf wehhhh.
kalau xulangkaji konpem xboleh jawab exam nanti.
ye ahhh, kelas tort lepas midsem ni sekali je aku datang.
zzzzzzzz. nasib baik xdapat warning letter.

harap harap semangat rajin aku masih ada baki lagi lah kan.
ohhh yeeee, i need a catalyst :D
baru semangat nak stadi.
come to me lee min ho !



okayyy, semangat dah datang balikk XD

Sabtu, 2 Oktober 2010

sepi.

bisikku pada bulan..
kembalikan kekasihku,temanku,syurgaku,
tanpa dia,malam menemaniku,sepi memelukku..
bulan jangan biar siang,
biar alam ini kelam,
...biar ia sepi sepertiku..

Jumaat, 1 Oktober 2010

artis !


walaupon fahrin ahmad ni hensem.



dan ally iskandar ni seorang yang berkarisma.



yang pakai baju belang belang ni artis dalam hati saya ! :D
*rasa geli perot lepas taip ayat dekat atas ni :P

Selasa, 28 September 2010

broken hearted again.

dah beberapa hari ni, emosi aku jadi gila macam roller coaster.
It’s like I’m secretly broken, without the broken feeling.
There’s just something in me that I know is misplaced, but I don’t know what it is.


rasa macam kehilangan sesuatu. tapi aku xtahu apa dia.
aku ketawa, tapi hati aku sedih.
aku makan, tapi aku xpernah kenyang. hahahaha
*ini bukan sebab aku emosi, ini memang perot aku perot buaya naga.

aku penatlah nak emosi xtentu pasal macam ni.
rasa macam give up.
nak give up semua.
macam dah xnak lalui apa apa lagi utk hari esok.
nak stop breathing.
gila kan ?

sekarang ini aku ada second thoughts.
sebab orang sekeliling aku semua macam beri pandangan yang sama.
urmm, entahlah.
sekarang ini aku go on je.
kuatkan hati. harap harap kuat.
ahhh, aku bukan kuat mana pon.

maybe some people aren't meant to be loved. i guess i am one of them

haaa, ini lagi satu masalah aku. aku rasa aku xlayak orang sayang.
pftttttt. perasaan aku memang betol betol dah swing.
apa nak jadi dengan aku ini ?
minggu ni aku macam ada satu habit, dengar lagu sedih setiap masa.
ada satu lagu ni, talking to the moon- bruno mars,
dah jadi macam rutin aku, aku dengar setiap masa.
dengar lagu ni, aku jadi sedih.
padahal xada apa yang aku nak sedihkan.


harap harap mood swing aku ini cepat cepat lah hilang.
penat lah nak rasa sedih je 24 jam.
T___________________T

Sabtu, 25 September 2010

disebabkan sem depan adalah sem 4, maka aku n classmates kena pilih majoring. sama ada human resource atau management.
aku tiba tiba jadi ragu ragu nak decide.
bukan apa, aku takot kalau aku pilih management, aku xmampu nak maintain pointer.
human resource pulak kalau aku ambil, aku mungkin dapat naik kan pointer aku as diorang cakap, human resource senang sikit nak score berbanding management.
lepas aku pk semua pro and cons, akhirnyaaa aku decide nak ambil management.
ahhh, kononnya management ni luas sikit bidangnya nanti masa nak cari kerja.
jadi apa salahnya aku ambil risiko kan ?
as long as xada matematik, aku masih boleh try lagi. haha.
so, subjek aku untuk sem 4 nanti :
1.law of Tort II
2.constitutional law II
3.criminal law II
4.equity and trust
5.english for occupational purposes
6.organisational behaviour

total nya enam subjek. pftttt.
sem ni pon aku dah macam orang gila terkejar kejar.
lets pray yang aku lulus semua subjek
dapat 3pointer, dan aku dibenarkan ambil 6subjek sem depan.
urghhhhh.
masalahnya ialah, semangat belajar aku macam dah hilang lah
T___________T


akhir akhir ni aku selalu sakit kepala
idk. maybe cuaca dekat shah alam ni kot.
slalu sangat aku kena hujan.
tapi xsure lah maybe power spec aku dah naik kot.
sumpah stress bila tiap tiap hari rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding.
rasa macam nak belah kepala, keluarkan otak, simpan otak dalam freezer.
T________________T
i need a new brain.
‘I love you’ means that I accept you for the person that you are and that I do not wish to change you into someone else.
It means that I do not expect perfection from you—just as you do not expect it from me.
It means that I will love you and stand by you even through the worst of times. It means loving you when you’re in a bad mood or too tired to do the things I want to do.
It means loving you when you’re down—not just when you’re fun to be with.
‘I love you’ means that I know your deepest secrets and do not judge you for them—asking in return only that you do not judge me for mine.
It means that I care enough to fight for what we have and that I love enough not to let go.
It means thinking of you, dreaming of you, wanting and needing you constantly, and hoping that you feel the same way for me.

tapi rasanya macam terlalu banyak utk meminta kan ? :')

Khamis, 16 September 2010

raya :)













raya tahun ni sangat best :D
banyak dapat duit raya.
tapi most of all,
dapat beraya dengan schoolmate.
rumah diorang sume dapat pegi.
:) 
i wonder, antara wawa, syue, aku, mus n ikin.
siapa kahwin dulu nanti ?
haha :D 

Selasa, 14 September 2010

live.love.let go.

xada apa yang aku perlu nak rungutkan sebenarnya.
i live a happy life. xde masalah.

it is just masalah aku nak membiasakan diri dengan orang sekeliling.
aku sangat xboleh nak terima perubahan.
aku ingat friendship, relationship semua kekal forever.
tapi aku lupa. manusia berubah.
relationship pon boleh putus.
friendship boleh gaduh.
ada yang gunakan friendship utk benefit.
friends for benefit ? yes, that is the word :)
kalau orang tu ada kelebihan, semua pergi dekat dia.
dia lah yang disanjung, dia lah yang dipuja.
semalam cakap xsuka orang tu, esok tengok dah berkepit bersama.
tapi kalau orang tuh xpunya apa apa, tak pandang sebelah mata pon.
nevermind, i'm getting used to it.
kena berdikari.
sebenarnya dalam hidup ini,
we are alone.

kita yang buat keputusan untuk diri kita sendiri.
kita yang stand up utk diri kita.
bukan nya biar orang lain buat keputusan utk kita
dan biar orang lain pijak2 kita.
xperlu nak jaga hati orang,
orang xpernah terfikir pon nak jaga hati kita.

people will turn into everything they said they would never be.
jadi, jangan pernah janji
you will love somebody forever
or our friendship will lasts forever.
tu semua bullshit.
forever does not exist.

sedangkan orang yang aku stand up utk dia masa dia susah pon,
xsudi nak ada sama sama dengan aku masa aku perlukan dia.
ahhhh, siapa nak sama sama dengan aku yang xpunya apa apa kelebihan ini?

biarlah.
cakap lah apa orang nak cakap pasal ak.
perangai aku mengecewakan ke
aku ni moody ke
xkenang budi ke
atau apa apa pun.
aku dah xkisah.
aku dah xterkejut dengan apa apa pon.

ak xhipokrit.
kalau ak xsuka, ak akan cakap
kalau ak kecil hati ak akan senyap.
thats me.
saya hanya menjadi diri saya sendiri.
dan saya tahu, no one likes me.

btw,
kepada yang cakap belakang,
terima kasih sebab bagi pahala free dekat ak :D

Jumaat, 3 September 2010

if i were in her shoes.

ada seorang kawan aku. nama dia rahsia. but, he is a guy. he has a girlfriend. they have been together for almost two years. my friend would do anything just to show his love for her.
dari masa girlfriend dia dekat kedah, dia sanggup datang kedah naik tren dan sewa hotel utk tido dekat sana. kalau kurang duit, dia akan overnight dalam tren.
and now, dia belikan something for his girlfriend's birthday.cuba teka apa dia beli ?

yes.
a handphone.
sony vivas
.yes, harga handphone tu, RM900.

i know my friend dari masa foundation. dia seorang penjimat. sangat jimat sampai nak mesej ke no maxis aku pon dia xnak. dia kata mahal *sebab dia guna upax.

see?
sometime, benda yang people would do utk orang yang dia sayang,
sangat out of the world.

henpon wehhhhhhh.

Khamis, 2 September 2010

berbuka di Malacca.






saya paling suka gambar ni :)

Selasa, 31 Ogos 2010

i don't need a heart anymore.

heart for sale. not in a very good condition. has many scars. already broken so many time. can also be used as a trampolin. you can trample on it as much as you want. :')

get the sarcasm ?

Ahad, 29 Ogos 2010

tiga sebaris.


dont make fun of me,just because saya ada 3ciri dalam gambar di atas :

1. she has acne

2.her nose is big.

3.she wears glasses

Sabtu, 28 Ogos 2010

no one cares about you actually.

Khamis, 12 Ogos 2010

julia

lepas habis exam harituh, ak dengan kak liza, nisa and linda pegi sunway.
macam biasa lah, jalan2 round sunway,
lalu dekat depan memory lane, aku ajak masuk.
dekat dalam kedai tuh, ada satu doll yang aku suka sangat :)
tapi xmampu nak beli.
aku pon dok belek2 benda tuh.
hahahahaha, macam biasalah kan,
kalau aku dah suka benda, aku mesti xberenti cakap aku nak benda tuh sampai semua orang pening.
hihihihihihi.
tapi masalahnya, something fishy berlaku pada diorang,
diorang pegi toilet lama gilaaaaaaaaaaaaaa. T____________T



lepas tuh balik rumah macam biasa.
nisa pon kuar date dengan wan.
balik kuar date tuh,
nisa masuk bilik dengan kotak besar gilaaaaaa !
nisa cakap wan bagi dia hadiah.
dalam hati aku jeles gila.
xpernah aku dapat hadiah besar macam tuh.




linda pulak excited sangat nak tahu hadiah dalam kotak tuh.
kak liza dengan aku buat xtahu je.
hahahaha.
nisa pon dengan penuh kesabaran bukak sampul kotak.
siap panggil alya lagi.
tiba tiba aku terdiam bila nampak kotak tuh kotak memory lane.
ahh sudahhh, wan bagi nisa hadiah apa pulak, mesti mahal.

tiba tiba...........
tadaaaaaaaaaaaaa.
keluar juliaaaaa dari kotak.
ak blurrr kejap.
wan bagi nisa julia ke ?





rupa rupanya itu hadiah untuk aku.
diorang pura pura macam wan yang bagi nisa
sebenarnya nak suprisekan ak.
sumpah terharu.
kuar air mata ak.
xsangka diorang sanggup share belikan aku julia.
thanks korang. kita speechless sangat.
cuma ucapan terima kasih je yang kita mampu bagi.
:')

p/s: saya si kambing hitam.

Selasa, 10 Ogos 2010

saya xbuta.

pernah x ada perasaan yang orang buat sesuatu dekat awak
sampai awak rasa awak lah orang paling bodoh sekali atas muka ni ?
well, itu apa yang saya rasa sekarang.
rasa macam orang bodoh yang sedang ditertawakan.

Sabtu, 7 Ogos 2010

awak.

I wonder if I ever cross your mind
For me it happens all the time.

Khamis, 5 Ogos 2010

Munah binti Ali v PP

tadi paper criminal law 1.
sume soalan boleh je jawab.
sampai lah satu soalan ni.
define result crime and relate with the case Munah binti Ali v PP.
amboi.
ak xtahu kes ni pasal apa.
lupa nak buat revision.
ak pon taram lah. gorengggggggg.
aku buat pasal isteri bunuh suami sebab nak harta.

sekali habis exam,
aku tanya linda,
kes tu pasal apa.
rupanya pasal miscarriage.

T____________T
miss, jangan gelak guling guling masa tanda kertas saya.
saya cuma nak ketengah kan bakat reka cerita saya.
HAHAHAHAHAHAHAHA.


p/s: "Buat apa di cerita bahagia yang kita rasa. ? pedulikan apa yang orang kata. Saya kenal sayang saya. " - Realiti Konspirasi

Rabu, 4 Ogos 2010

onerous

alhamdulillah, paper hari selasa di postpone.
kalau xmemang xboleh nak jawab dua dua paper tu lah nampaknya
iyelah, dah lalok 24jam T___________T
kesan ubat batok yang aku makan. rasa macam xberpijak di bumi nyata.
hahahahaha.

semalam sumpah ak dah  macam orang gila.
dok menghafal 6 chapter subjek marketing.
bila nisa main teka teka, terus ak jadi blurrr
*tu lah padah bila xfaham belajar apa tapi main hafal
semua chapter buat ak konpius. zzzzzzzzzzz

ubat yang ak kena makan xnak banyak pulak lah kan.
actually ak dah kena makan antibiotik, tapi ak xmakan
*ini rahsia.
panadol pon xmakan sebab dia dah xbg effect dekat ak.
sepatotnya kena ganti dengan voren, tapi xmakan jugak.
cuma makan actifast tu pon bukan 6jam sekali. zzzzz

rasanya cough-en dah cukup lengkap. T_________T

harini  pagi pagi lepas suboh dah bangun utk stadi criminal.
mula mula pasal theories of punishment.
okayyy, faham.
kejap lagi masuk conduct crime dengan result crime.
okayyy, faham jugak.
actus reus, definition of omission dengan offence.
dah mula blurrrrr.
tapi bila paksa otak faham, faham jugak lah.
masuk bab mens rea.
zzzzzzzzzzzzzzzzz teros poning kopale eden.
hafal contoh kes.
mula mula nampak lim chin aik v R
kes pasal imigresen, kejap lagi kes yang sama
tapi fakta kes pasal hantar bad meat.
T____________T
apakah ?

teros fedup.
nak tidur.
kejap lagi nak belajar infancy, necessity, duress, necessity dan hafal contoh karangan.
wish me luck.

p/s: dah membuak2 rasa nak active kan facebook balik. mission nak deactivate sampai habis exam isnin depan, tapi, tengok lah :D

Isnin, 2 Ogos 2010

i need cough-en

sumpah batuk itu sangat menyakitkan.
setiap kali batok ribcage akan rasa sakit.
tidor pon terbangun.
tekak xpayah cakap lah,
rasa payau.

sekarang dah start running nose pulak.
baguih la tuh.
lengkap semua.
makan cough-en, makan polaramine, makan panadol,
silap2, housemate ak hantar ak pegi hospital sebab 2hari tidur mati.

nak cepat baik. nak concentrate exam :(

p/s: ignorance is bliss :')

Ahad, 1 Ogos 2010

demam.

padan muka, sapa suroh melawan cakap org tua,
dah dapat demam.
sumpah tekak ak sangat pahit.
sampai nak telan air liur pon sangat sakit.

jangan demam masa mid sem sudah.
:(


p/s: jangan datang dalam mimpi saya lagi. please.