Khamis, 31 Disember 2009

goodbye 2009


A million words would not bring you back,
I know because I’ve tried,
neither would a million tears,
i know i've cried.



selamat tinggal 2009
selamat tinggal kenangan.

Selasa, 29 Disember 2009

so long.

goodbye facebook.
i'm gonna miss u.


Jumaat, 25 Disember 2009

adik saya dapat banyaaaaaaak A jugaaaa

sejak result pmr kuar
sume org dok tayang2
adik dia dapat 8A.dapat 9A
cite la pasal adik diorg muke sememeh
perangai macam gangster kg dusun.
tapi result tetap gempak.

mula2 aku rasa macam annoyed la jugak
yelah aku xboleh nak bangga2

tapi bila aku pk balik
kenape aku nak pandang rendah dekat adik aku
aku mesti proud dengan dia
sebab usaha dia belajar nak ambik exam


jadi aku dengan bangganya
nak bgtaw semua org
yg adik aku dapaaaat
dapaaaat
dapaaaat
______A utk PMR
*SILA ISI SENDIRI TEMPAT KOSONG.




hahahahahaha
aku saja je
sarcastic dengan org yg heboh adik2 diorg dapat 8A

ada aku kesah?


atip,akak atip buang ad dri fwen die..ape ntah..ngarut r die....
panas ati ad dwatnye...xpew la atip,watpe ad mara2.....ok la atip..
ad da mmg xkan contact ag ngan die smp bile2...sakit ati ad dwatnye....


aku dah lama benci ko tahu?
kalo ko xnak contact aku lagi pon
ada aku kesah?
bukan aku yg carik ko selama ni
bukan aku yg dok kol2 ko selama ni.
ko yg carik aku.
ko yg dok kol2 aku.


jadi, kalo ko
xnak contact aku lagi pon
aku peduli ape.
selama2nye?
lagi bagos.
aman hidup aku.


Selasa, 22 Disember 2009

2am in putrajaya

akhirnya aku sampai sini.
tapi xhepi.
jadi sayu pulak.
urm.
berilah aku kekuatan ya Allah.
8 months since u left me i supposed.


Ahad, 20 Disember 2009

xmungkin kerana sayang :D











Khamis, 17 Disember 2009

sakit kepala terlampau.

hari2 sakit kepala.
sakit yg teramat.
sangat sakit.
sakit.sakit.sakit.

Rabu, 16 Disember 2009

comel itu subjektif





okay
kak liza konpem berenti cakap aku comel lepas nih.
hahahaha

Isnin, 14 Disember 2009

cik ponti ditingkat 6 dan perampokan dibrunsfield

kawan2 cakap
blog aku dah macam blog emo dah.
yelah,
penoh dengan luahan perasaan je.
hahahahaha.
oklah
aku admit
dari awal blog ni pon pasal emosi je
hihihihihihi

so sekarang nak kurangkan sket.
nak cite pasal benda lain pulak
:D

akhir2 ni,
rumah kitorang dkt brunsfield
digemparkan dengan kisah cik ponti
tapi cik ponti ni kacau org lelaki je
dengar cite dia bermastautin dekat tingkat 6
n berlegar2 dekat koridor
tu yg aku takot tuh
memang aku xkan naik lif sorg2 malam2
buatnya lif tuh berenti dekat tingkat 6
macammane?
mati sakit jantung aku dekat situ.
hihihihihihi.

n cite pasal pecah masuk rumah memang hot giler sekarang
baru kejap tadi
rumah kawan aku dekat tingkat 4
kene pecah masuk
n yg paling menakutkan
ada housemate sorg2 dalam bilik
cubalah bayangkan
kalo perompak tuh masuk dalam bilik?
urmm. nauzubillah.
aku takot betol la dengan dunia sekarang.
kalo dia ambik barang je xpe
ni kalo dia buat2 apa dekat org dalam rumah macammane?
minx dijauhkan lah.
isyyyyy.

Sabtu, 12 Disember 2009

dan kalau aku kurus?

sepanjang hidup aku, lepas aku habis sekolah.
aku akan dengar dialog neh
"alahai, kenapa kurus sangat neh?"
xpon
"kurusnya, xmakan ke?"

sampai aku dah bosan nak dengar.
mula2 aku memang lah xambik kesah.
tapi lama2 kalo ayat yg org ckap macam dah menusuk limpa aku
aku terasa la jugak
aku bukan robot yg xde perasaan.

bukan aku minx pon hidup jadi kurus macam neh.
nak carik saiz seluar pon susah
nak pakai skinny pon xboleh
selalu sakit sbb immune sistem xkuat
lagi kene kutuk kaw2 dengan org sekeliling

berdosa ke kalo aku kurus haaa?
adekah sebab aku kurus,
mata korang jadi sakit
hidup korang terganggu
sampai suma rambut korang gugur?
or sebab aku kurus sangat
korang kene kuar duit belikan baju dan seluar aku?
ada? ada?


"makan lah banyak sket,
nanti gemok,barulah sayang lebih."
jadi kalo aku xgemok2,
xsayang lah?

it was the exact word what paan told me before
and he left me.
dia cakap
"bacause u are too skinny"
betapa dia dah drag self confidnet aku
ketahap sifar.

i need someone yg terima aku for who i am
sebab
tuhan jadikan aku begini
jadi siapa anda nak persoalkan
ciptaan tuhan?




Khamis, 10 Disember 2009

hihihihihihi :D

Jumaat, 27 November 2009

sekarang baru ko tahu yg dunia ini bulat?

*sedih, rindu, hiba, teresak2.... hmmm.

*everything gonna b orite... hmmm..



bila aku nampak ini di wallpost manusia itu
patotkan aku tersenyum melihat dia didalam kesedihan?
atau patot kah aku bersimpati?
tapi dia xpernah ada pon mase saat2 aku perlukan dia.
malah bila aku dah mula bangun, dia pijak aku balek.
dan aku tersungkur semula.


jadi aku mahu katakan ini saja
it's karma hOney.
what goes around comes around.
so,
rasalah apa itu sedih dan hiba
good luck with that.

Khamis, 26 November 2009

kalau ada 5K kat tangan


ni lah barang2 yang akan aku beli kalo aku ada 5k dalam tangan.
aisyyyy.
awatlah lawa sangat warna diaaaaaaa
urmmmm.
bila la aku nak kaya niiiiii :D

Selasa, 10 November 2009

fairytale itu indah



kalo diberi pilihan, aku nak jadi watak apa dalam fairytale disney,
aku nak jadi cinderella.
kalo ditanya apa sebabnya?
aku akan jawab
"idk"

ntahla, kenapa bukan snow white? rapunzel?
huhu, aku pon xtaw.
tapi satu yg aku tahu pasal fairytales


best kan?
bila setiap kali aku tengok cite fairytales
mesti the prince akan akan fall in the at the first sight
and akan berkorban utk selamatkan org yg dia syg.
hebat kan?

tapi reality xmacam tu.
orang xkan syg kita dengan imperfections kita.
it's a fact.

someone sent me this:
"IF THE BELOVED ASK THE LOVER,
HOW MUCH YOU LOVE ME..
I WOULD LIKE TO SAY...
I'M DEAD BUT I LIVE FOR YOU...
I LOST MY STRENGTH,
BUT WITH YOUR SOUL,
I'M ABLE...."

and i said to myself
that's it atiqah,
you are now in love again.



now, it is the new beginning,
n walaupon forever itu bullshit,
aku tetap xberhenti berharap


yg akhirnya akan begini.

Ahad, 8 November 2009

hepi besday to me :)


6 nov: aku, nisa, linda, alif dan eric pegi sunway
*aku rasa agenda utama dia nak sambut besday aku
n pertemuan melepas rindu dendam selepas sepurnama tidak berjumpa.
hehehehehe
ohye, konon aku kebal harituh, aku pon pg tengok cite hantu,
phobia2,
sumpah takot.
aku ingat mase tengok cite tuh,
ak akan mati sakit jantung ke apaaa.
habis je cerita tuh, aku xde suara ok :P
hahahaha, bayangkanlah betapa kuatnya aku menjerit.

dalam cite ni, ade 5 cerita berbeza
aku memang xsanggop betollah, bila dah cerita dia yg ketiga,
aku asyik cakap, "bila lah nak habis neh"*sambil tutp muka dengan tangan.
yg linda pulak "hah, dah malam, kejap lagi hantu nak kuar"
nisa "eqa, tutup mataaaaa,kejap lagi hantu nak kuar"
tapi ending dia sumpah bodoooooo gilaaaa. hahahaha.
bila cerita ni habis,
semua org tepok tangan, aku rasa semua bersyukur sbb cerita ni dah habis,
dan jantung bleh berfungsi kembali secara normal.



dan diorg hadiahkan aku sOmething taw :)tadaaaaa :)
purse rOxy dengan sam :)
terharu gilaaaaaa
nak ngs pon adaaaaa :)
*okay, dah ngs dalam hati sbb terharu
thnkx korang :)
may Allah bless u guys always. amin :)

malam 6nov:
tepat je pukul 12, diOrang nyanyi utk aku. terharu gilaaaa ;)
sms pon banyak masuk hp
1.linda
2.bida
3.ponci
4. wawa
5.nurul
6.hazwani
7.ebal
8.zahhar
9.zulhilmi,fiezwanie ,emak yg terchenta,salha,raja,anuar.

then ada 2org kol:

yg pertama :semestinyaaaaa en masam.
dengan suara separuh nak tidoooo nyanyi utk aku.
hahahahaha
aku siap tanya dia sayang aku besar mana, dia jawab besar tahi hidung
*sambil menerangkan macammane proses tuh berlaku.
*gambar ngee yg latest aku xmahu post sbb dia aku saja dengki.
hahahaha
sape suroh dia syg aku siket je.

dan yg kedua pulak:yg ni la paling terharu sekali.
dia nyanyi lagu hepi birthday(recording) siap dengan gitar.
ak sangat2 terharu sampai ngs yg tahap kuar ingus tuh.
hahahaha. btw, thnx ling :)
<3 <3

tapi aku xtido pon malam tuh sbb aku takot sangat hantu dalam phobia tuh datang makan aku. hahaha. bodo, tapi betol la. n aku terdengar bunyik pelik kat luar tingkap malam tu. jeng3. takot okeh. pg toilet pon xmao tutp pintu. hahahaha

7nov: bangun pagi2 amik cab pg ktm, amik ktm sampai kl sentral, jumpa alif, n dia teman sampai aku naek bas dekat puduraya. TERIMA KASIH ALIF. aku hilang arah betol masa stesen bas shah alam xde bas balek batu pahat. sampai larkin je ada. larkin pon aku xpenah jejak kaki.
thank god aku ada kawan2 yg care. n aku terharu sangat sbb alif sanggOp teman aku.

*okay pos ni tema dia : TERHARUUUUU.
gambar alif aku xmao pos sbb sexy sangat.
nanti orang lain tergOda.
kalo nak tengok. sila add dia di facebook :p

sampai je batu pahat, family suma pg makan nasik beriani.
yeay. aku dah lama ngidam nak makan.
dari raya harituh.
penah jugak aku pk nak masuk batu belah batu bertangkup. haha.

atiyah bersemangat betol nak belikan aku hadiah.
aku xda apa2 pon nak minx,
tapi aku saja paw dia, minx pensil shaker pilot okeh.
biar dia botak nak carik duet.
hahaha.

bila aku bukak facebOok pulak, banyak GILAAAAAAAAAAAAAA yg wish aku.
sumpah terharu sampai merah pp
*terharu lagiiiiii :)
okay. hari jadi aku meriah :)

starting from today,
aku akan lebih matured ok?
*sila percaya.
abg tiket wayang, jangan nak min tengok ic saya lagi wokeh,
saya sudah 19tahun.
kalo nak minx no tepon xkesah :p
huhuhuhu.
gatal pon makin bertambah mengikot umor :P


p/s: ohye, wawa, buat pos utk aku dekat blOg dia :)
bestnyaaa
http://akulahweed.blogspot.com/2009/11/beliau-yg-bername-atiqah.html

Rabu, 4 November 2009

love at the first sight


aduh, macamne la aku nak tido lena lepas nih bila aku asyik teringat je?
hahahahahaha
kronik! :P

Rabu, 21 Oktober 2009

6bulan? it wasn't over. it still isn't over.

*sila klik utk tumbesaran yg lebih effektif.

ok, facebook ni suke tanye soalan spesis nak bagi aku heartattack pulak.
memang macam nak gugur jantung bila dpat soalan tuh tadi.
n sincerely dari hati aku
memang tu yg aku nak cakap pada dia.
tapi i have to let him go right?

macam lagu kelly clarkson tuh:
u know that i love you so, i love you enough to let you go.

Ahad, 18 Oktober 2009

kepada fuad yg tinggal ditaman banang jaya

Ad, sy xsanggup nak tengok ad sedih 2 macam ni lagi.

Sy penat nak dengar ad mengeluh.

Ad kene kuat.

AD KENE PAHAM ENGKU LIYANA ZAFIRAH DAH XNAK MOHD FUAD NORALIZAN.

TERIMA KENYATAAN!

Dia bukan pg bercuti, she left u for good.

Persetankan perkataan i syg u, i’ll love u forever, i’ll be by your side.

Tu semua BULLSHIT wahai ad.

Kita sebagai org islam ad, kene terima qada’ dan qadar.

Sy tahu ad, susah nak terima apa yg sy cakap.

Tapi ad percayalah. I’ve been through worst.

Ad dengan nana baru 4 bulan.

Agaknya saya yg setahun setengah sayang separuh mati dekat paan tuh, kalo xkuat, dah lama sy terjun bangunan ad.

Agknya org yg dah bercinta 5tahun, then break, mesti lagi sakitkan ad?

Mungkin tuhan nak pisahkan ad dengan nana utk masa sekarang. Tapi masa depan?

Kita xpernah tahu apa yg tuhan aturkan utk kita kan?

Dan mungkin jugak nana tu memang bukan utk ad.

Tapi percayalah ad, satu hari nanti akan ada orang yg syg ad, yg akan terima ad seadanya tanpa cacat cela.

Bila? Sy xboleh bagi jawapan sbb sy sendiri xjumpa lagi dengan mr perfect sy tuh.

Sy syg ad, sbb sy dah anggapa ad macam family sy. Sy kenal ad sejak sy form3.

Almost 5years tahu(ni termasok setahun sy tengok ad dari jauh lah),

dan sy xnak tengok ad xbersemangat, lembik, lemah macam neh.

Ni bukan MOHAMAD FUAD yg sy kenal.

permintaan sy ad,

Jangan mesej nana, jangan kol dia jangan contact dia.

Bagi dia ruang bernafas ad. Biar dia bernafas dengan kebebasan.

Mana tahu, dengan kuasa tuhan, bila ad hilangkan diri,

Ttb dia rasa rindu dekat ad, n dia realise yg ad penting pd dia,

Dia akan datang balik dekat ad.

Hormat privacy dia ad.

Kalo ad bbtol sygkan dia, nak tengok dia hepi,

Jangan ganggu dia.

Bila kita syg org tuh, xsemestinya kita kene ada 24jam disamping org tuh.

Yg penting hati kita tahu yg dia selalu dekat hati kita.

Percayalah ad, dalam dunia ni, bukan ad sorg yg patah hati.

Ramai lagi.

Kalo ad rasa ad lah y paling terok,

Ada lagi ramai yg kena lebih terok daripada ad

Lebih baik dia tinggalkan ad sekarang daripada dia tinggalkan ad masa sebulan lagi ad nak nikah dengan dia. Time tuh mesti lagi terok kan?

Semua yg terjadi, semua ada hikmahnya.

Ingat ad , doa org yg dizalimi makbul.

Kita doakan kebahagiaan dia k?

Kita doa jugak supaya hati kita tenang.

Sy tahu ad, ada masa kita rasa rindu sangat dekat dia, nak kembali ke masa2 gembira,

Tapi percayalah ad, benda tu semua ANGAN-ANGAN YANG XKAN JADI KENYATAAN.

Cuba ad tengok sekeliling ad, ramai kawan2 yg bagi support dekat ad.

Ad ada saya, abg ad, ibu, ayah, kwn dekat u ad. Diorg akan sentiasa support ad.

Ad jangan rasa macam semua ni the end of the world.

Serius ad, buang masa. Saya pernah rasa macm tuh

Tapi ad, walau ad menangis air mata darah pon, ad melutut dekat dia pon,

Dia xkan nak. Orang dah xsuka kita ad.

Apa diharap padi diseberang,

entahkan masak entahkan tidak,

Apa diharap kasihnya org

Entahkan sudi entahkan tidak.

Sy xnak ad jadi macam sy. Sy dah buang banyak masa menangisi n meratapi nasib.

Mempertikaikan segala2nya. Tapi apa sy dpt?

SAYA XDAPAT APA-APA. BAHAGIA SAYA XDAPAT,

PAAN PON SY XDAPAT.

Saya dpt? Sakit dekat seluruh hati, badan, last2 masuk hospital, pelajaran down.

Senarai yg ad perlu buat :

1. JANGAN KOL DIA

2. JANGAN MSG DIA

3. JANGAN BUKAK PAGE MYSPACE, FACEBOOK DIA

4. JANGAN BACA MESEJ YG DIA BAGI

5. JANGAN PERGI TEMPAT YG AD SELALU PERGI DENGAN DIA

6. JANGAN DENGAR LAGU SEDIH

7. JANGAN DENGAR LAGU YG INGATKAN AD KEPADA DIA

8. JANGAN TENGOK BARANG2 YG DIA BAGI AD

9. JANGAN TENGOK GAMBAR AD DENGAN DIA

It’s hard right ad? Sy tahu. Sy pon sedang go through this stupid feeling.

Sy ni pon xkuat lagi.

Saya Menangis? Setiap hari ad for the past 6months.

Maaflah ad kalo ada ayat sy yg kasar.

Saya Cuma xnak ad jadi macam sy,

sbb ad LELAKI dan ad kene kuat. Kene hidop berdikari. Xboleh bergantung pada org lain.

Nilah kehidupan ad. Bukan semua org baik macm yg kita sangka

Bukan semua org akan syg kita balek bila kita syg dia

N kadang2 org yg kita syg yg akhirnya tikam kita dari belakang.

Tapi ad, kalo ad masih nak meratapi mase lalu, nak sedih, nak Contact dia.

Abaikan nasihat sy neh.

Terpulang pada ad. Dan bila dia sakitkan hati ad lepas dia contact ad, saya xmahu dengar lagi.

Sbb sy dah warning ad awal2.

I think, that’s all,

Yours sincerely

NUR ‘ATIQAH ZAINUDIN.

Jumaat, 16 Oktober 2009

atok aku pakai clean&clear wokeh :)

aku masuk toilet dekat rumah atok,
nak mandi,
then ttb aku nampak,
botol cleanser ada 2, satu yg lama(aku punyaaa)
satu lagi baru, penuh lagi.
aku pon pegi dekat nenek,
aku tanya dia
"nek, belikan eqa cleanser baru eh?"

nenek aku jawab
"eh, xla, tu kan atok punya"

"hah?!"

ternganga aku sekejap.

atok aku pakai pencuci muka sama dengan aku?


aku pon teros pg dekat atok

"atok, atok pakai clean &clear ke?"

"haah la, dah lama. seronok pakai. muka bersih"

aku tanya lagi
"sejak bila atok pakai pulak neh?"

"dah lima tahun dah"

sekali lagi aku terkedu.

"atok pakai sapa punya pulak? yang ada eqa punya je dekat bilik air tuh?"

"selama ni pakai ko punya lah, curi2 tapi, tapi harini tertangkap pulak"

aku terkedu.


haaaaaa.
atok aku rock seh :)

Khamis, 15 Oktober 2009

i knOw what were u trying to say: i'm ugly right?



"paan tngk skrang eqa dh pandai bgaye ekk... bgus..
macam ni larr yg paan nkkn.,. don afraid 2 dressup k. hpe njoy wif yor life now. b a strong girl... salam"

"ape maksud paan? your first few words? xphm lah. bleh explain?"

"yor appearance dh len.., lge ok dr sblum nie... i like... bgus larr mcm 2..."

"owh. paan nk ckp dulu eqa ni buruk dan hodoh. right? okay, i got it. btw thanks 4 yor sincere comment"

"uitt, 2 dh salah tnggapan nie... paan xckp pun mcm 2.."



n i cried.
sape nak carik pelakon sinetron air mata?
aku boleh jadi pelakon air mata.