Khamis, 30 Jun 2011

#2

jadi kau bercerita tentang kesenangan kau pada aku.
ada kau fikir apa perasaan aku yg xpunya serba serbi ini ?

#1


dear past,
stop tapping me on the shoulders.
i don't want to look back.
:)

Jumaat, 24 Jun 2011

obsession.

kalau duduk rumah tipit, xde channel lain yang aku bukak selain 712.
sebab? obses dengan the Kardashian. T.T
jadi disebabkan aku obses maka aku nak kumpul duit sehari seringgit,
nak beli ini sebagai hadiah harijadi :


masalahnya, ada ke jual dekat MPH Malaysia ? T.T

Jumaat, 3 Jun 2011

hello aussie.

i will be going to australia tomorrow.
i will be back on 11th July, the same day as kubah will be back from Tanah Haram.
i hope we are lucky enough to meet each other at the airport.
wish me luck ! :D

Ahad, 29 Mei 2011

my wedding's theme.

bila ada dekat rumah musim cuti sekolah ni biasalah,
konpem kena paksa-rela pegi kerja kawen.
bila dah pergi kerja kawen,
wajiblah aku pulak berangan macammana bila aku kawen kelak.
hikshikshikshiks *mata pandang keatas tangan kebahu.

bila aku tengok kos nak panggil mak andam je dah RM800 sekali mekap,
RM3000 baju bersanding
RM300 gubahan hantara
RM5000 pelamin
aku jadi seriau pulak nak buat majlis grand grand.

aku xnak lah buat pinjaman bank semata mata nak majlis grand
lepas majlis ku yang merana
silap silap anak dah berderet tapi hutang bank xhabis bayar.

jadi aku datang dengn solution yang bernas.
theme wedding aku ialah BERKELAH !
no one has ever buat theme macam ni.

first, semua family members, kawan kawan aku akan dapat kad jemputan,
lokasi perkahwinan adalah padang SMK Tun Aminah.
tetamu wajib bawak tikar sejndiri sebab canopy tidak disediakan.
tetamu juga wajib bawa makanan sendiri dari rumah.
kiranya, bila sampai dekat padang sekolah tu,
semua bentang tikar dan kuarkan makanan masing masing
dan makan :D

aku, selaku pengantin,
akan datang dari satu keluarga ke satu keluarga
utk kutip hadiah daripada korang.
HAHAHAHAHAHAHAHA
jadi, tetamu wajiblah bawak hadiah ye ?

tapi, plan aku hanya akan berjaya kalau cuaca cerah,
jadi utk nak mengelakkan hujan masa majlis kawen aku nanti,
kena lah aku panggil bomoh hujan.
idk lah kalau bomoh hujan ni dilarang dalam islam.
kena siasat dulu.

haha, enough dengan cerita benda merepek harini.
:D till then.

Ahad, 22 Mei 2011

when i go crazy

ttb hari jumaat pagi lepas aku moody.
moody ke ? owh bukan, tapi ttb ada perasaan terkilan.
jadi utk happy kan diri,
tanpa fikir panjang aku beli tiket bas ke melaka.
well i guess, it is worth the journey.

so, thank you awak sebab tipu saya cakap awak OT sampai pukul 10malam and kononnya saya kena duduk tunggu awak dekat melaka sentral satu jam.
terima kasih sbb bawak breakfast yg best ! :D
terima kasih sebab bawak saya makan nasik arab.
terima kasih sebab buat saya gabra sbb xde duit nak naik teksi balik brunsfield dari seksyen 17.
lastly, terima kasih sebab buat saya happy.
:)

Isnin, 16 Mei 2011

dumbAss

result sem lepas dah keluar.
sangat menduka citakan.
subjek criminal law yg aku agung agungkan tu,
bagi aku result yang macam taik.

xpayah lah aku nak berangan nak dapat pointer elok
xpayah nak berangan nak convert pinjaman mara jadi biasiswa.
result macam hampas.

result macam aku ni,
orang yang xdatang kelas pon boleh dapat lebih elok.

orang semua belajar makin pandai
tapi aku belajar makin bodoh

tahu nak habiskan duit mak bagi tiap tiap bulan.

sumpah aku putus asa.
aku nak berhenti belajar.
aku belajar bukan jadi pandai pon.
dapat result buat malu mak ayah,

anak apa aku ni ?
anak xguna.

Sabtu, 14 Mei 2011

i want this car ! badly :(




RM44,800 je pon harga dia.
dahla kecik comel,
warna pink pulak tu.
i want this car :(

mak,
jual kancil beli kereta ni boleh x?
pleaseeeeeeeeee.

semester 5

padahal aku dah janji dengan diri sendiri aku dah xnak update blog.
tapi bila dah tukar layout semua,
jadi gatal pulak nak update.
hikshikshikshiks *mata pandang keatas tangan kebahu.

sem depan naik semester 5.
kalau pointer elok(doakan. amin)
aku akan ambik 6subjek sem depan.

-employment and industrial relations law
-land law II
-equity and trust
-strategic management
-international business management
-human resource management strategy

xbanyak subjek law lah sem ni. urmmm
aku jadi takot pulak.
takot xboleh nak bawak semua subjek ni.
ingat nak drop dua subjek.
tapi :
1.nanti kena extend sem
2. MARA xcover yuran extend sem.

jadi,
aku harap,
aku rajin belajar sem depan.
rajin lah sangat
*mata pandang keatas, tangan ke bahu.

Ahad, 17 April 2011

i hate april.

i can't sleep.
jadi aku langgar hasrat aku nak berhenti blogging.
i need a place to luahkan what i'm feeling right now.

dugaan datang bertimpa timpa.
bukan nak mengeluh tapi aku rasa macam aku xkuat.
serius aku xkuat.

aku tahu, i keep repeating the same mistake over and over again.
and aku masih ingat ayah cakap, "sebenarnya kau yang bermasaalah"
ya tuhan.
pedih hati aku dengar apa yang ayah kata.

sudah lah diduga, dihina,
ayah pulak seolah olah xbackup aku.

bila masalah aku seakan mengundurkan diri,
aku diduga lagi.
aku demam.
aku jarang sakit.
jadi bila sakit, teruk sangat aku rasa.

bukan aku mengeluh.
aku tahu bila aku sakit,
Allah menghapus dosa dosa kecil aku.
jadi aku redha.
aku ini insan yang terlalu banyak membuat dosa.

aku harap ini yang terakhir.
aku perlu belajar utk lebih bertoleransi.
aku perlu belajar yang manusia ini xdapat diduga hatinya.

bila dalam keadaan macam ini,
aku rasa mahu menangis,
tapi entahlah,
air mata dah kering.

menyesal itu ada.
tapi betul,
aku tidak reti nak berpura pura.
kalau aku tidak suka
tandanya aku tidak suka.
noktah.
sungguh, aku dah cuba ubah sifat aku yang satu itu.
tapi aku gagal.

Ahad, 10 April 2011

until we meet again.

saya rasa sekarang ini dah masanya saya perlukan satu diari untuk diri saya sendiri
dan berhenti blogging.
benda yang jadi pada saya jadi semakin private sekarang.
tidak wajar untuk saya kongsi dekat blog ni lagi.

saya mahu hidup berdikari.
saya selesa hidup sendiri.


selamat tinggal semuanya.

Sabtu, 26 Mac 2011

cuti semester yang mengasyikkan.

cuti kalini dapat makan steamboat, nasi beriyani
and most of all, DURIAN.


jerawat yang aku ternak masa exam harituh seakan akan mahu mengundur diri.
alhamdulillah.

p/s: rasanya mahu tukar phone baru lah. >.<

Selasa, 8 Mac 2011

denial.

dalam hati pedih.
tapi xmenangis.
xboleh menangis.
dah lupa apa itu menangis.

sebab selalu sangat cakap dengan diri sendiri,
loser je yang menangis.

Selasa, 1 Mac 2011

rindu rumah.

dah nak masuk seminggu,
hari hari mimpi aku ada dekat batu pahat.
sabau.
tinggal lagi 2 minggu.
and i'll be back home.
:)
sabar ye katil empuk ?
sekarang bercinta dulu dengan final exam.

Sabtu, 26 Februari 2011

comel momel !











aku nak anak comel macam ni :D

Khamis, 24 Februari 2011

nice from far.

Selama ni, bila aku pandang perempuan yang pakai baju cantik2, mekap tebal2, perfume pakai sebotol, dalam hati aku mesti macam “wah!”

Aku ada perspektif baru sekarang bila aku pandang perempuan macam tu.

Appearance je yang diorang tip top. Tapi i’m sure kalau dari segi kebersihan mereka xlah se”wah!” yang kita jangka.

Well, jangan tertipu.

Pegi check siket kebersihan diorang tu:

Sekali tengok dapur diorang penuh ulat sampah

Singki penuh dengan pinggan xberbasuh

Rumah penuh habuk *biasalah hobi kumpul habuk, buat kilang bedak.

Check ricecooker, dalam tu dah berkulat nasik basi yang ditinggalkan

Peti sejuk dah bau macam bangkai sebab xpernah buang makanan yang xnak dimakan.

Tengok ampaian baju , penuh dengan baju. *jangan terkejut kalau diorang xpernah angkat baju di ampaian dan hanya ambil bila nak pakai.

bilik air dah berlumut sebab xpernah basuh toilet.

siap beli suar dalam disposable sebab xde apa yang boleh dipakai. malas nak basuh baju. yucksssss.

Akhir kata. Please lah. Jangan tertipu. Muka boleh mekap tutup jerawat. Badan boleh sembur perfume tutup bau badan, tapi kalau perangai dah buruk...... xada apa yang boleh diguna utk cover.

Selasa, 22 Februari 2011

othello










Sabtu, 19 Februari 2011

Melaka again. Bosannya. eh, xbosan. Hihihihihi. Sebab kalini pergi bersama sama kak assilah n her bf, kak fairah, and kak tasha. Perjalanan dari shah alam xlama sangat sebab kami ada drifter expertise yang diimport khas. Hihihihi. It was fun, tapi xberapa best sebab Melaka panas sangat. Amboi, hujan mengeluh, panas mengeluh. Xtahu bersyukur betol (T.T)

terimalah buah tangan daripada saya utk semua :

Selasa, 15 Februari 2011

no caption.


☐ Single
☐ Taken
☑ Mentally dating a celebrity that doesn't know that i'm exist.
HAHA :))

Khamis, 10 Februari 2011

rindu sekolah.

tengok junior pakai lencana sekolah buat aku rasa rindu dekat sekolah.

rindu nak pegi camping under kelab pencinta alam.
rindu nak mencapub dalam majalah sekolah.
rindu nak masuk kawasan sekolah lagi satu saat sebelum loceng pertama bunyik.
pengawas semua beratur dekat depan gate. pehhhh macam red carpet. haha
rindu nak buat kerja sekolah *okayyy ni gedik. sejak bila aku tahu buat kerja sekolah (T.T)
rindu nak round sekolah dengan ikin setiap pagi.
rindu nak curik curik lepak dekat kelas mus masa waktu kimia dan lari xcukup tanah bila miss nor relieve kelas dia.
rindu nak dengar bebelan miss nor *aku dah hilang akal
rindu nak songlap pegi beratur dekat kelas orang lain n berbual sepanjang perhimpunan
rindu nak curik buku library
rindu nak duty susun buku library
rindu nak makan mi sup pakcik kantin
rindu nak potong barisan bila beratur nak beli makanan
rindu nak ada adik angkat.
rindu nak lari masa sukantara
rindu nak dengar cikgu norafizah menjerit dari blok seberang.
rindu nak kena baling buku keluar kelas sebab aku xsiapkan kerja sekolah
rindu nak pakai suar track dengan tshirt.
rindu nak dengar ustad syed ali hasani bagi ceramah.
rindu nak beratur depan kelas sambil nyanyi lagu negaraku setiap hari.
rindu nak pakai baju uniform.
rindu nak pegi koperasi.
rindu nak lari lari dekat padang sambil usha budak munshi sulaiman *yuckssss
rindu nak hari sukan bila dapat jajan
rindu nak curik curik bawak hp pegi sekolah
rindu nak kena check kuku dengan pengawas
rindu nak kena tegur setiap pagi depan gate sebab aku lipat lengan baju
rindu nak pakai baju capuk capuk sebab aku xreti nila baju
rindu nak meniru masa exam.
rindu nak nangis bila dapat nombor corot
rindu nak tunggu mak dengan ayah masa hari terbuka
rindu nak bawak duit belanja seringgit sehari
rindu nak pegi tusyen padahal datang tusyen sebab nak tenung fuad. (T.T)
rindu nak gaduh dengan petom sebab dia suka ustad yazid
rindu nak curi tulang masa gotong royong
rindu nak pegi bilik tayang ! ada air cond
rindu nak duduk dalam bilik KH
rindu nak bercucuk tanam
rindu nak curi curi guna tangga guru
rindu nak kena panggil dengan misi check gigi.
rindu nak curik curik bawak novel tapi balut dengan ketas putih tulis "kamus".
rindu nak naik bas tanjau *wtf hahahahaha
rindu nak beratur depan bilik guru sebab kelas bising.
rindu nak kena perli dengan cikgu kimia sebab xpernah lulus subjek dia.
:) rindu


rindu rindu rindu.