Rabu, 3 Mac 2010

selamat hari lahir cikgu yazid :)

dulu, mase ak form 2,
ak minat gila(100 kuasa 40 juta) dekat sorang ustad ni.
macam cinta pandang pertama gitu.
yelah, sekolah ak semua perempuan
tu yg ak jadi jakun bila nampak ustad hensem :P
tapi, sumpah dia hensem. mak dia ada darah pakistan.
so, mata dia bulat, kulit dia cerah, hidung dia mancung, ada tahi lalat dekat bawah mulut :D
*ya tuhanku, dah 6tahun yg lepas pon ak masih ingat muka dia :P

dulu, dia selalu parking moto dekat sebelah makmal sains.
moto yamaha, no plat JFY. no xingat. hihi
ak sanggup turun blok ak, lalu depan moto dia teros lalu depan bilik guru.
kelas ak menghadap bilik guru, meja dia pulak betol2 depan pintu bilik guru,
ak hafal kot jadual kelas dia.
time dia free je, ak konon lepak depan pintu kelas,
padahal dok usha dia. hihihihihihi

dari ak form2, setiap hari jumaat,
bila ada program membudayakan al-quran,
ak akan datang awal pagi,
semata2 nak cop tempat duduk,
nak duduk depan dia.
rekod bersih, ak sentiasa duduk baris pertama,
duduk depan dia ;) dengar dia mengaji :)
hahahahaha
lepas dia pindah,
xde langsung ak nak duduk depan
ak pindah port budak2 period duduk belakang.
=.=' *jangan tiru perangai ini. sangat tidak elok.

masa ak form4, ustad ajar aku bahasa arab tinggi :)
yeyeyeyeyeye :D
ak punyalah bersemangat nak belajar.
time dia mengajar, khusyuk kot.
hahahahaha. padahal dok tenung muka dia :P
aku pernah dapat A mase exam :)
*bangge, padahal satu ape dia ajar pon ak xpaham :P
hidup ak gembira dan bahagia :)
belajar bahasa arab 3kali seminggu.
hoooyeh, hooyeh :P

tahu apa berita sedih?
dia kahwin dengan pilihan hati dia
najmiah nama isteri dia. org terengganu.
dia jempot kitorang datang majlis kahwin dia.
ak xpegi :(
hancur hati ak :'(
dan yang paling sedih sekali
ustad yazid pindah sabah. ikot isteri dia mengajar dekat sane :(
dan ak tak pernah jumpa dia lagi.

dan ak xpernah lulus bahasa arab tinggi lagi lepas tuh
*sila jangan tanya result spm utk bahasa arab tinggi ak :(


ttb harini ak tengok tarikh,
ak teringat harini birthday dia.
nak hantar mesej dekat dia segan pulak,
tapi tahun lepas ak ada hantar masa birthday dia
n ustad reply ;)

p/s: ustad, sy masih ingat lagi,
syair arab yg ustad ajar
ana minni, waana minka,
ka ruh wa jasad. :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan